Majlis Perasmian Program Gotong royong Green Sungai Batu for All
Pada 23 Mac 2019 bertempat di Kompleks Bougainvillea, Kampung Sungai Kertas, Gombak, Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor bekerjasama dengan pihak MPKK Dun Sungai Tua menganjurkan Program gotong royong Green Sungai Batu for All. Program ini diadakan adalah sebagai suatu inisiatif komuniti dibawah Projek River of Life Public Outreach Programme (ROL-POP) yang bertujuan untuk melahirkan semangat mencintai dan menghargai sungai di kalangan masyarakat setempat, Program ini telah dijalankan selama 4 minggu dan melibatkan sebanyak 7 komuniti di sekitar Sungai Batu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor Amirudin Bin Shari.