T
T
T
T
| RESET

Bahasa Malaysia / Malay Language Bahasa Inggeris / English Language

LAMAN WEB RASMI

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Jayakan Perkhidmatan Sempurna

RSS module

Lawatan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor ke Tapak Projek Rancangan Tebatan Banjir JPS Selangor.

Pada 25 Januari 2019, satu sesi lawatan kerja oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Tuan Amiruddin Bin Shari telah diadakan di Daerah Klang, Selangor. Program tersebut bermula dengan sesi Majlis Perhimpunan Pagi bersama penjawat awam bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Klang. Majlis diteruskan ke sesi sebelah petang dimana sesi tersebut diakhiri dengan lawatan tapak YAB Dato’ Menteri Besar Selangor ke projek tebatan banjir Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor. Terdapat dua projek yang terlibat dalam sesi lawatan tapak ini iaitu Kerja-Kerja Tebatan Banjir, Di Teluk Gadong, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan yang menelan belanja sebanyak RM 8,097,722.66 dan Kerja-Kerja Pembinaan Kolam Takungan Banjir, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan yang menelan belanja sebanyak RM 2,109,559.00. Lawatan ini turut dihadiri bersama oleh YAB Dato’ Mohd Amin Bin Ahmad Ahya, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato’ Nor Azmie Bin Diron, Pegawai Kewangan Negeri Selangor, YB Datuk Abdul Rashid Bin Asari , Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Dan Pelancongan Peradaban Melayu Dan Warisan, YB Tuan Ir. Izham Bin Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur Dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani, Dato’ Haji Mohamad Yasid Bin Bidin,YDP MPKlang, dan Tuan Haji Mohd Zainal Bin Mohd Nor, Pegawai Daerah Klang. Tuan Jurutera Daerah Klang, Encik Ganesan Balakrishnam telah membentangkan tujuan, skop dan pelaksanaan projek ini ditapak. Skop kerja utama kedua-dua projek ini melibatkan kerja menaiktaraf Sungai Telok Gadong, penggantian jambatan akses sediada, membina rumah pam, membina sebuah pintu kawalan pasang surut, menaiktaraf longkang sediada dan membina kolam takungan banjir berkeluasan 2.5 hektar. Sepanjang lawatan YAB Menteri Besar Selangor ke projek-projek tersebut, maklumbalas positif telah diberikan oleh YAB Menteri Besar dimana YAB Menteri Besar menyarankan supaya usaha-usaha projek Rancangan Tebatan Banjir ini diteruskan pada masa akan datang sekaligus memberi manfaat kepada rakyat Negeri Selangor.

 

  • Lawatan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor ke Tapak Projek Rancangan Tebatan Banjir JPS Selangor._1
  • Lawatan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor ke Tapak Projek Rancangan Tebatan Banjir JPS Selangor._2
  • Lawatan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor ke Tapak Projek Rancangan Tebatan Banjir JPS Selangor._3
  • Lawatan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor ke Tapak Projek Rancangan Tebatan Banjir JPS Selangor._4

Cetak Emel

waterqrcodeJabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor,
Tingkat 5, Podium Selatan,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40626 Shah Alam,
SELANGOR.

Telefon : 603-5544 7376 / 7586 / 7381
             603-5521 2204 / 2205 / 2207
Fax      : 603-5510 4494 / 5510 2911
Emel : webmaster[at]waterselangor[dot]gov[dot]my
Facebook : https://www.facebook.com/JPSNegeriSelangor/

© Hak Cipta 2019.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor.

Sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer 10, Google Chrome dan Mozilla Firefox dengan resolusi 1280x1024 ke atas.

Kemaskini Terkini : Khamis 13 April 2023, 09:19:02.
Statistik Pengunjung :

Hari Ini 6

Semalam 163

Seminggu 1081

Sebulan 380

Jumlah 1489936

Bahasa / Language : Bahasa Malaysia / Malay Language Bahasa Inggeris / English Language