Bengkel Perbincangan Rekabentuk 'Constructed Wetland Cell (CWC)' Sungai Penchala

Bengkel Perbincangan Rekabentuk 'Constructed Wetland Cell (CWC)' Sungai Penchala telah diadakan pada 31 Januari 2019 bertempat di Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya. Bengkel ini dianjurkan oleh Global Environment Centre (GEC) dengan kerjasama Yayasan SPARK ini telah dirasmikan oleh Tn Ir Hj Azmi Bin Ibrahim, Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Selangor. Ia bertujuan untuk mendapatkan pandangan pakar- pakar daripada pelbagai bidang teknikal berkenaan cadangan meletakkan CWC di dalam Sungai Penchala sebagai kaedah biologi untuk merawat kualiti air. Sebagai makluman kualiti air Sungai Penchala di kawasan Petaling Jaya adalah kelas 4. Bengkel yang disertai pakar bidang seperti JPS, JAS, MBPJ, NAHRIM, Perbadanan Putrajaya dan lain- lain ini diharap mampu menghasilkn kaedah yang murah, mudah dan berkesan untuk merawat kualiti air.

 

  • Bengkel Perbincangan Rekabentuk 'Constructed Wetland Cell (CWC)' Sungai Penchala_1
  • Bengkel Perbincangan Rekabentuk 'Constructed Wetland Cell (CWC)' Sungai Penchala_2
  • Bengkel Perbincangan Rekabentuk 'Constructed Wetland Cell (CWC)' Sungai Penchala_3
  • Bengkel Perbincangan Rekabentuk 'Constructed Wetland Cell (CWC)' Sungai Penchala_4

Cetak