Majlis Aspresiasi dan Jasamu Dikenang MAKSAK JPS Negeri Selangor

Pada 18 Januari 2019, bertempat di dewan bankuet, Jubli Perak SUK Selangor, MAKSAK JPS Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Aspresiasi dan Jasamu Dikenang MAKSAK JPS Negeri Selangor bertujuan untuk meraikan para Atlet JPS Negeri Selangor yang telah bertungkus lumus berjuang meraih kejayaan di Acara Sukan JPS Malaysia tahun 2018, Kemenangan ini adalah yang pertama JPS Negeri Selangor berada di tempat kedua daripada 14 negeri yang bertanding, Yang dipertua MAKSAK JPS Negeri Selangor mengucapkan Tahniah kepada para Atlet yang telah berjuang menaikkan nama JPS Negeri Selangor antara negeri-negeri yang lain. Sehubungan dengan itu juga, Yang dipertua MAKSAK JPS Negeri Selangor mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah dan berterima kasih kepada Ahli Jawatankuasa MAKSAK JPS Negeri Selangor dan juga urusetia-urusetia yang bertugas secara langsung ataupun tidak langsung kerana berjaya mengelola dan menguruskan dalam segala aspek di majlis tersebut. Majlis ini juga meraikan Tuan Hj Badaruddin akan besara dan juga Yang dipertua MAKSAK mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada beliau atas jasa dan tunjuk ajar beliau sepanjang perkhidmatan beliau selama 35 tahun berada dalam perkhidmatan awam.

 

  • Majlis Aspresiasi dan Jasamu Dikenang MAKSAK JPS Negeri Selangor 2019_1
  • Majlis Aspresiasi dan Jasamu Dikenang MAKSAK JPS Negeri Selangor 2019_2
  • Majlis Aspresiasi dan Jasamu Dikenang MAKSAK JPS Negeri Selangor 2019_3
  • Majlis Aspresiasi dan Jasamu Dikenang MAKSAK JPS Negeri Selangor 2019_4

Cetak