Program Karnival Alam Sekitar bagi Komuniti Sungai Penchala

Pada 8 Disember 2018 bertempat di Pusat Infomasi Sungai Penchala Taman Desaria, Petaling Jaya, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor dengan kerjasama dengan Jawatankuasa Komuniti Sungai Penchala dan Gec Water Projek telah mengadakan Program Karnival Alam Sekitar bagi Komuniti Sungai Penchala. Program ini telah dirasmikan oleh Y.B. Tuan Hee Loy Sian, Exco Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi. Beliau juga telah meluangkan masa untuk melihat aktiviti-aktiviti yang disediakan dan juga menyarankan agar program seperti ini diteruskan sepanjang tahun untuk merapatkan lagi agensi-agensi kerajaan, swasta dan komuniti setempat. 

 

  • Program Karnival Alam Sekitar bagi Komuniti Sungai Penchala_1
  • Program Karnival Alam Sekitar bagi Komuniti Sungai Penchala_2
  • Program Karnival Alam Sekitar bagi Komuniti Sungai Penchala_3
  • Program Karnival Alam Sekitar bagi Komuniti Sungai Penchala_4

Cetak