Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 dan Jasamu Dikenang JPS Negeri Selangor
Pada 22 Oktober 2018(Isnin) bertempat di Dewan Ballroom Hotel De Palma Seksyen 19, Shah Alam, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Tahun 2017. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ir. Hj. Azmi Bin Ibrahim Pengarah JPS Negeri Selangor Seramai 67 kakitangan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 48 kakitangan penerima Anugerah Khas Pengarah (AKP), 25 kakitangan yg bersara, 2 kakitangan yg telah berkhidmat 25 tahun dan 29 kakitangan JPS Selangor yg bertukar telah diraikan dalam Majlis Anugerah ini.