Majlis Sambutan Hari Inovasi JPS Negeri Selangor Tahun 2018
Pada 25 September 2018 (Selasa) bertempat di dewan JPS Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan, Jabatan pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Inovasi JPS Negeri Selangor Tahun 2018. Majlis Sambutan Inovasi JPS Negeri Selangor ini telah dirasmikan oleh Ir. Azmi Bin Ibrahim, Pengarah JPS Negeri Selangor, dalam ucapan beliau berharap agar semua kakitangan JPS Negeri Selangor dapat memberikan idea-idea baru untuk inovasi Jabatan. Pengarah JPS Negeri Selangor telah meluangkan masa beliau menyampaikan Anugerah Inovasi dan juga melawat ke booth pameran inovasi JPS Daerah dan Bahagian yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Inovasi peringkat Kebangsaan, Negeri dan JPS Malaysia.