Bengkel Strategi Lautan Biru Agensi Kerajaan Negeri Selangor
Pada 19 - 21 September 2018 bertempat di Hotel Armada Petaling Jaya JPS Negeri Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor LUAS) hos bersama telah menganjurkan Bengkel Strategi Lautan Biru Pengurusan Sumber Air Agensi Kerajaan Negeri Selangor.
Objektif Bengkel
1. Kelestarian Sumber Air
a) Pembangunan Sumber Air Baru
b) Penggunaan kolam takungan banjir sebagai sumber air alternatif
c) Pengurusan koridor sumber air
d) Pencemaran sumber air
2. Pengurusan Banjir Kilat
a) Merancang kaedah-kaedah yang berkesan dalam menangani banjir kilat
b) Menyelaras peranan agensi dalam menangani masalah banjir kilat
3. Pengurusan Pencerobohan di Rezab Sungai
a) Menyelaras peranan dan bidang kuasa antara agensi
b) Isu-isu pencerobohan rezab sungai
c) Tindakan terhadap pembuangan sampah haram
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Y.B. Dato' Mohd Amin Bin Ahmad Ahya.