Program Pemantapan Sayangi Sungai dan Alam Sekitar
Pada 24 Julai 2018 bertempat di Pusat Komuniti Sungai Penchala Sungai Wey, JPS Negeri Selangor bekerjasama dengan Persatuan Mata Hati Malaysia (MHM) dan YESS PSA menganjurkan Program Pemantapan Sayangi Sungai dan Alam Sekitar. Tujuan Program ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran pentingnya sungai dalam kehidupan seharian dan juga tanggungjawab untuk memelihara sungai daripada tercemar. Program ini juga telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pembangunan II, Pn. Yuslina Binti Mohd Sani dan memberi sedikit taklimat tentang pentingnya penjagaan serta memelihara sungai di hadapan pensyarah dan pelajar-pelajar politeknik (YESS PSA). Aktiviti disebelah petang pula pelajar-pelajar didedahkan tentang Bio Indicator dan check PH air sungai yang telah diketuai oleh Fasilitator River Ranger JPS Selangor.