| Bahasa Malaysia / Malay Language Bahasa Inggeris / English Language |

T
T
T
T
| RESET

LAMAN WEB RASMI

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Jayakan Perkhidmatan Sempurna

Saliran Mesra Alam JPS Negeri Selangor

Pengenalan

Amalan-amalan berkaitan pengurusan air ribut (Storm Water Management) di Malaysia telah diperkenalkan sejak tahun 1975 dengan penggunaan manual "Planning and Design Procedures No. 1 : Urban Drainage Design Standards and Procedures for Peninsular Malaysia" yang menggunakan konsep aliran laju (rapid disposal) kuantiti air yang mengalir masuk di sesuatu tempat. Manual ini telah disediakan sebagai garis panduan untuk jurutera dalam mereka bentuk sistem saliran dan telah dirujuk oleh pelbagai agensi di peringkat persekutuan dan negeri untuk mendapatkan syarat-syarat saliran yang diperlukan bagi apa-apa pembangunan di kawasan bandar. Konsep aliran laju (rapid disposal) didapati tidak sesuai lagi kerana ia bukan suatu penyelesaian yang muktamad dan tidak bersifat jangka panjang malah hanya memindahkan masalah banjir dari satu kawasan ke satu kawasan lain dihilirnya. Penggunaan kaedah ini melibatkan kos yang tinggi malah tidak kondusif dan holistik terhadap alam sekitar.

Justeru selepas selama dua puluh lima tahun manual ini digunapakai, pada tahun 2000 Jabatan pengairan dan Saliran (JPS) telah melancarkan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) yang bersifat lebih menyeluruh, mengambil kira masalah semasa yang dihadapi seperti banjir kilat, pencemaran sungai, hakisan tanah, pembangunan di tanah tinggi dan tanah pamah dan sebagainya bagi menggantikan manual yang pertama. Manual ini juga telah dikaji semula oleh pelbagai agensi, pertubuhan dan pakar asing. Jika sesuai, pendapat mereka akan dipertimbangkan dalam penyediaan dokumen akhir.

Bahagian Saliran Mesra Alam (BSMA), JPS Negeri Selangor selaku bahagian yang bertanggungjawab dalam membuat semakan dan ulasan teknikal bagi sebarang pembangunan baru di seluruh Negeri Selangor turut menggunakan Garis Panduan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA), Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia ini sebagai rujukan selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 1 Januari 2001 yang telah bersetuju agar pemakaian MSMA sebagai syarat kelulusan pelan pembangunan melibatkan infrastruktur saliran disemua agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta Swasta. Pelan saliran dan kerja tanah berdasarkan MSMA juga menjadi syarat utama dalam kelulusan pemajuan tanah oleh One Stop Centre (OSC) yang diurusetiakan oleh pihak PBT.

Manual Saliran Mesra Alam ini telah ditambah baik dan pada 1 Ogos 2012, JPS telah melancarkan Manual Saliran Mesra Alam, Edisi kedua dengan menggunakan prinsip asas kawalan di punca (control at source) yang mengawal lima elemen utama merangkumi kuantiti, kualiti, hakisan dan kelodak, operasi dan penyelenggaraan serta nilai estetika.

Matlamat dan Objektif

Matlamat penyediaan manual ini ialah sebagai panduan kepada semua pengawal atur, perancang dan pereka bentuk yang terlibat dalam pengurusan air ribut. Ia mengenal pasti suatu arah baru untuk pengurusan air ribut di kawasan bandar di Malaysia

Di bawah arah tuju baru ini, pengurusan air ribut akan mempunyai objektif berbilang, termasuk untuk :

  • Memastikan keselamatan awam;
  • Mengawal gangguan banjir
  • Melindungi harta benda
  • Menstabilkan bentuk bumi dan mengawal hakisan
  • Mengoptimumkan penggunaan tanah dalam sesebuah pembangunan bandar
  • Meminimumkan kesan alam sekitar daripada air larian terhadap kualiti air
  • Mempertingkatkan landskap bandar

Matlamat-matlamat ini akan dianggap tercapai apabila :

    • Perancangan, reka bentuk dan pembinaan kemudahan air ribut baru adalah mencukupi untuk memenuhi keperluan pembangunan baru dan masa depan;
    • Terdapat keserasian dengan kemudahan air ribut, kaedah pengendalian dan teknik penyenggaraan yang sedia ada;

gmbr 1.png

  • Kemudahan air ribut menyediakan perlindungan yang memadai kepada alam sekitar, masyarakat dan aset; selaras dengan syarat-syarat perancangan, reka bentuk dan pembinaan yang dapat diterima dan prinsip-prinsip pembangunan yang mampan dari segi ekologi.

Manual Saliran Mesra Alam

Buku Panduan ini mempunyai 48 bab dan dibahagikan kepada sebelas bahagian diberikan dalam Lampiran 1 (Jadual Kandungan). Tiga bahagian pertama mengandungi maklumat latar belakang mengenai proses alam sekitar dan air ribut aspek pengurusan, pentadbiran, dan proses perancangan. Bahagian - bahagian ini  mengandungi  maklumat  terperinci mengenai  hidrologi   dan hidraulik, kawalan  kuantiti air larian dan kenderaan, struktur dan bukan struktur  kawalan  kualiti air,  kawalan  kualiti air  semasa  pembinaan,  tumbuh -tumbuhan  dan  pengurusan  saluran  air dan aplikasi air banjir khas.

gmbr 2.png** Manual ini boleh dibeli di Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur
Nota:- Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) hanya boleh didapati dalam bahasa English

Peranan JPS

Selaku salah sebuah Jabatan Teknikal yang perlu dirujuk untuk mendapatkan sokongan kelulusan pembangunan terutamanya yang melibatkan pembinaan sistem saliran di kawasan pembangunan yang baru, pemaju-pemaju dikehendaki untuk mendapatkan sokongan kelulusan  daripada JPS bagi  perkara-perkara berikut:-

  1. Tukar syarat tanah
  2. Kebenaran Merancang
  • Kelulusan Perancangan Infrastuktur Saliran
  1. Kelulusan Pelan Kerja Tanah
  2. Kelulusan Menduduki Bangunan(CCC)

Syarat utama untuk mendapat sokongan kelulusan tersebut ialah pemaju perlu mematuhi syarat MSMA dimana aliran air yang keluar dari kawasan pembangunan tersebut hendaklah sama atau kurang  dari jumlah aliran air sebelum pembangunan di laksanakan (Qpost development ≤ Qpre development). Pemaju-pemaju perlu menyediakan infrastruktur saliran seperti On-Site Detention ataupun Detention Pond  untuk mengelakan peningkatan air larian hujan yang boleh menyebabkan banjir akibat dari pembangunan yang dijalankan.

Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA)

Di samping itu juga JPS telah menyediakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) untuk kawasan-kawasan bandar utama. Antara output utama kajian pelan induk tersebut adalah

  1. Mengakaji sistem saliran sedia ada dari segi kapasiti hidraulik
  2. Mencadangkan infrastuktur saliran baharu bagi menampung peningkatan air larian hujan akibat penukaran guna tanah di masa hadapan mengikut Rancangan Tempatan yang disediakan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa.
  • Mencadangkan kawasan –kawasan dataran-dataran banjir dan kolam-kolam takungan seperti kolam komuniti dan juga kolam takungan regional.
  1. Aset inventori sistem saliran di kawasan tersebut.

Sekiranya wujud pembangunan baru, sistem saliran di Kawasan pembangunan tersebut perlu dirancang dengan teliti untuk disesuaikan dengan sistem saliran sediaada merujuk kepada pelan Induk sediada  bagi memastikan kejadian banjir kilat tidak berulang.

 

Disediakan oleh : Bahagian Saliran Mesra Alam JPS Negeri Selangor

Cetak Emel

qrcodeJabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor,
Tingkat 5, Podium Selatan,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40626 Shah Alam,
SELANGOR.

Telefon : 603-5544 7376
Fax : 603-5510 4494
Emel : webmaster[at]waterselangor[dot]gov[dot]my
Facebook : www.facebook.com/jps.selangor

© Hak Cipta 2017.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor.

Sesuai dilayari menggunakan Internet Explorer 10, Google Chrome dan Mozilla Firefox dengan resolusi 1280x1024 ke atas.

Kemaskini Terkini : Rabu 17 Oktober 2018, 21:51:12.
Statistik Pengunjung :

Hari Ini 31

Semalam 86

Seminggu 1229

Sebulan 3298

Jumlah 694958

Bahasa / Language : Bahasa Malaysia / Malay Language Bahasa Inggeris / English Language