Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi JPS Negeri Selangor
LATAR BELAKANG
Ditubuhkan sebagai Bahagian Utama untuk mengumpul dan memproses data hidrologi bagi pembangunan dan pengurusan sumber air untuk sekarang dan masa depan.
OBJEKTIF KUALITI BPSAH
Bagi memenuhi kehendak dan harapan pelanggan luaran dan dalaman ke arah mencapai perancangan berkualiti: JPS Malaysia/JPS Selangor bertanggungjawap mencapai objektif dengan memastikan pengurusan data hidrologi daripada Rangkaian Stesen Hidrologi Nasional sentiasa dilaksanakan dengan cekap dan berkesanan untuk pembangunan negara yang mapan dengan iltizam berikut :
- Memungut semua jenis data Hidrologi daripada semua rangkaian stesen Hidrologi Nasional dengan tahap prestasi data bagi setiap stesen tidak kurang daripada 95% dan mengemukakannya ke Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi dalam tempoh 30 hari dari tarikh pemungutan data bagi stesen bukan pendalaman dan stesen pendalaman.
- Menyebar data Hidrologi menurut spesifikasi dan jadual seperti yang ditetapkan dalam masa 7 hari berkerja
- Mengurangkan aduan pelanggan ketahap tidak melebihi 10% setahun dari jumlah keseluruhan.
- Menyediakan laporan banjir semasa dalam tempoh 24 jam.
- Menyediakan laporan pemantauan kemarau setiap 2 minggu pada musim kemarau atau setiap 1 bulan pada musim biasa.
- Memastikan kumpulan sokongan menghadiri kursus yang berkaitan Hidrologi sekurang- kurangnya sekali satahun.
OBJEKTIF BPSAH
Memberi perkhidmatan cemerlang dalam pembangunan dan pengurusan sumber air dan hidrologi sebagai sumbangan kepada kemajuan sektor pertanian, peningkatan kualiti hidup dan pemuliharaan alam sekitar.
MISI BPSAH
Untuk mengurus sumber air, lembangan sungai, risiko banjir dan zon pantai bagi mencapai kelestrasi alam sekitar dan peningkatan kualiti hidup.
FUNGSI BPSAH
- Untuk mengumpul dan memproses data hidrologi bagi pembangunan pengurusan sumber air untuk sekarang dan masa depan.
- Untuk mengakses data hidrologi bagi sumber air untuk memastikan maklumat yang diberikan adalah mencukupi bagi melaksanakan rancangan pembangunan dan pengurusan.
- Untuk menyediakan perkhidmatan hdrologi (banjir dan kemarau) di lembangan sungai utama.
- Menyediakan ramalan aras sungai dengan " lead time " yang mencukupi untuk sungai - sungai negeri Selangor pada musim hujan dan memberitahu penduduk dengan data serta merta.
PIAGAM PELANGGAN BPSAH
- Mewujudkan Laman Web Infobanjir Negeri Selangor untuk Memberikan amaran awalan banjir kepada orang awam status paras air sungai, taburan hujan, kamera pemantauan status banjir
- Membekal data dan maklumat hidrologi yang berkualiti dalam tempoh 7 hari bekerja berasaskan kepada objektif kualiti MS 9001 : 2008.
- Mempastikan stesen/sistem pengumpulan data Hidrologi sentiasa berfungsi dengan berkesan.
- Memantau, meramal aras air sungai dan memberi amaran banjir dan menyediakan laporan banjir dalam tempoh 24 jam.
- Menyediakan ramalan aras sungai dengan " lead time " yang mencukupi untuk sungai - sungai negeri Selangor pada musim hujan dan memberitahu penduduk dengan serta merta.
- Mengambil tindakan terhadap aduan kerosakan peralatan hidrologi dalam masa 8 jam dan menyelesaikan dalam tempoh 3 hari bekerja.
- Memberi khidmat nasihat / ulasan teknikal / maklum balas dalam tempoh tidak melebihi 14 hari bekerja.
- Mempastikan stesen dan sistem pemantauan, ramalan dan amaran banjir sentiasa berfungsi dengan berkesan agar orang awam dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa semasa bencana alam banjir berlaku.
PENGENALAN
Pengetahuan hidrologi adalah merupakan unsur yang penting dalam penilaian,perancangan, rekabentuk dan pembangunan sumber air di negera ini. Dalam 2 dekad yang lalu, Malaysia telah mengalami pembangunan yang amat pesat dan kita bersyukur kerana pada keseluruhannya mempunyai sumber air yang begitu banyak. Tuntutan air akan meningkat 12.8 juta meterpadu kepada 16.7 meterpadu menjelang tahun 2020. Walaubagaimanapun oleh kerana ketidakseimbangan dalam agihan hujan dari segi lokasi dan
masa serta penumpuan pembangunan industri dan perbandaran yang pesat di beberapa tempat yang tertentu ( seperti Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor) dan juga keperluan air bagi skim pengairan jelapang padi telah menyebabkan kekurangan air di kawasan – kawasan tersebut. Kini kedudukan bekalan sumber air untuk memenuhi keperluan di beberapa tempat ini adalah dalam tahap yang agak kritikal. Oleh yang demikian, sumber air Negara ini perlu diuruskan dengan lebih efesien agar Wawasan 2020 tidak terjejas oleh kerana kegagalan dalam pengurusan sumber air dengan kadar berkesan dan menyeluruh.
Sebab-sebab utama justifikasi penubuhan Bahagian Hidrologi dan Sumber Air ialah skop kerja dan tanggungjawab telah bertambah untuk merangkumi perancangan dan analisis sumber air permukaan dan penaksiran sumber air tanah untuk seluruh Negara. Ini adalah selaras dengan penekanan Dasar Pertanian Negara dan menambah pengeluaran makanan serta perkembangan terbaru Negara dalam pengurusan sumber air seperti Penubuhan Majlis Sumber Air Negara di Peringkat Persekutuan dan Peringkat Negeri Selangor.
Sebab – sebab lain adalah memberi sokongan dan sumbangan yang padu supaya Bahagian Hidrologi Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia adalah di pertanggungjawabkan untuk mengutip dan mengarkib data – data Hidrologi. Selain dari JPS agensi – agensi lain yang menjalankan aktiviti Hidrologi di Malaysia adalah JKR (Bekalan Air), Tenaga Nasional Berhad dan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia. Kesemua agensi ini menubuhkan stesen Hidrologi mereka berdasarkan kepada keperluan agensi berkenaan. Secara amnya, kesemua agensi ini mengikut peraturan dan kehendak WMO dalam menubuhkan stesen Hidrologi.Bagi JPS, pengutipan data hidrologi dijalankan oleh JPS Negeri dengan dipantau oleh Ibu Pejabat JPS Malysia (Bahagian Hidrologi dan Sumber air).
Penubuhan stesen dan penyelenggaraan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Terdapat juga stesen – stesen hidrologi ditubuhkan oleh JPS Negeri dan dibiayai sendiri oleh JPS Negeri untuk kegunaan negeri tersebut.
Data Hidrologi mentah dipungut oleh JPS Negeri dan dikemukakan ke Ibu Pejabat dimana data tersebut disemak, proses dan disebarkan. Bagi tujuan ini JPS menubuhkan dan mengendalikan Stesen Rangkaian Hidrologi Nasional untuk jangka masa panjang. Data Hidrologi yang paling awal di Malaysia ialah yang dapat diarkibkan ialah Data Hujan bagi Stesen Tanglin Hospital, Kuala Lumpur iaitu dari tahun 1879 hingga 1958.
kerja-kerja operasi memungut dan mengemukakan sekurang-kurangnya 95% data hidrologi yang berkualiti dari stesen di Negeri Selangor ke Bahagian Hidrologi Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia untuk pengurusan sumber air ramalan dan amaran banjir serta penilaian kemarau negara.
- Jumlah stesen Rangkaian Hidrologi Nasional di Negeri Selangor tahun 2017 sebanyak 172 stesen.
- Jumlah stesen telemetri aras air dan hujan tahun 2017 sebanyak 161 stesen.
- Jumlah stesen siren awalan amaran banjir tahun 2017 sebanyak 103 stesen
- Jumlah stesen IP kamera pemantauan Banjir tahun 2017 sebanyak 30 stesen
- Jumlah stesen telemetri Tolok Banjir tahun 2017 sebanyak 25 stesen
- Perihal terperinci aktiviti harian unit hidrologi termasuk kutipan data penyenggaraan stesen Telemetri dan lain-laina adalah seperti berikut.
MEMUNGUT DATA MENTAH HIDROLOGI OLEH JPS NEGERI SELANGOR
- Data-Data Yang Dipungut adalah seperti berikut:-
- Logger Data Taburan Hujan
- Logger paras Aras air Bulanan
- Luahan Sungai
- Enapan Ampai
- Kualiti Air.
1(a) Taburan Hujan Data Logger
Data Logger Hujan Perakam HOBO. Kutipan dibuat sebulan sekali.
Bagi perakam HOBO, rekod hujan yang dicatit dalam perakam tersebut diambil menggunakan ‘HOBO Shuttle’ dimana data dipindahkan menggunakan kabel
dari perakam HOBO ke ‘HOBO Shuttle’ dan dibawa ke pejabat. Data dari ‘HOBO Shuttle’ diproses menggunakan komputer dalam program ‘Box Car’ dan sistem tideda untuk mendapatkan data hujan harian bagi tempoh tersebut.
1(b) Data Logger Aras air Bulanan.
Data dipungut menggunakan perakam aras air bulanan jenis Seba atau A-OTT dimana dipasang untuk merekod bacaan arasair bulanan,
Terdapat sebuah stesen aras air menggunakan telaga yang tertua sekali di Negeri Selangor(43 Tahun). Terletak di jambatan SKC (Southern Kinta Consolidated). Kedudukannya terletak di sebelah negeri perak bersempadan negeri selangor daerah hulu selangor. Stesen ini juga telah mendapat anugerah stesen luahan terbaik pada tahun 2000 Oleh hal yang demikian, bahagian hidrologi negeri mengekalkan stesen tersebut dan menjaga rupanya tidak berubah dari asal.
Data Sukat Luah
Sukatan luah dan kajian aliran sungai merupakan satu unsur yang penting dalam menganalisa masalah hidrologi. Luah sungai ( kadaralir ) ada hubungkait dengan arasair. Hasil dari luahan sungai ini digabungkan dengan arasair menghasilkan satu satu Lengkung Tahap Luahan ( Rating Curve ).
Bagi mendapatkan luah sesuatu sungai, ia perlu di sukat dengan mengunakan ’Current Meter’ atau lain-lain cara yang sesuai seperti pengunaan apungan. Luahan sungai perlu di sukat pada tahap-tahap yang berlainan iaitu
tahap rendah, sederhana, tinggi dan paling tinggi ( aras banjir ). Dengan demikian satu lengkung tahap luahan yang baik dapat diperolehi.
Di Negeri Selangor Mempunyai 16 stesen Sukatan Luahan Sungai.
Unit Hidrologi JPS Negeri Selangor juga telah menerima Anugerah Stesen Sukatan Luah yang terbaik daripada beberapa stesen sukatan luah diseluruh negara.
Cara-cara sukatan luahan yang dijalankan adalah seperti berikut:_
- Sukat cara mengharung ( wadding )
- Sukat dari jambatan ( bridge gauging )
- Sukat menggunakan sampan (boat gauging)
- Sukat menggunakan rentangan kabel (cableway gauging )
- Sukat cara apungan [float gauging] (tidak dipraktik dalam Negeri Selangor).
Data Endapan Ampai
Beban endapan ialah zarah yang mengandungi lodakan, tanah liat dan pasir halus yang di bawa bergerak mengikut aliran sungai yang berpunca dari hakisan tebing dan dasar sungai serta titisan air hujan yang menimpa tanah menyebabkan pengasingan zarah-zarah tanah dan seterusnya di bawa oleh aliran air melalui alur-alur dan anak-anak sungai hingga ke sungai.
Mendapatkan kuantiti dan saiz endapan yang bakal dimendapkan adalah mustahak dan berguna dalam ketelitian merancang dan merekabentuk sesuatu projek. Kuantiti endapan yang akan dimendapkan akan mempengaruhi saiz binaan berkenaan.
Untuk itu kerja pencontohan perlu dijalankan dalam berbagai keadaan dan tahap agar keupayaan mengangkut endapan sesuatu sungai boleh ditentukan dan di kira
Data Kualiti Air
Tapak untuk menyukat kualiti air adalah sama seperti menyukat luah sungai, arasair dan endapan ampai kerana semua elemen di atas akan mempengaruhi kualiti air.
Di Negeri Selangor terdapat 9 buah stesen kualiti air. Pencontohan kualiti air dibuat setiap 2 minggu sekali, Pencontoh yang digunakan untuk mengambil kualiti air adalah alat Khalsico. Alat Khalsico dimasukkan kedalam sungai mengikut arus sungai dan air diperangkap dalam alat tersebut. Kemudian air tersebut dmasukkankedalam botol kualiti air 4 liter, dilabel, diisi borang penghantaran kualiti air dan dihantar ke Jabatan Kimia, Petaling Jaya untuk dianalisa.
Selepas diterima balik data –data yang telah dianalisa dari Jabatan Kimia, data-data tersebut dihantar ke UPMBHSA JPS Malaysia.
Prestasi Data / Penghantaran Data melalui TIDEDA
Setiap bulan data – data dikumpul oleh semua juruteknik kawasan dan dimasukkan ke Sisitem Tideda online dan peratusnya akan dikira oleh Ibu Pejabat JPS Ampang mengikut data mentah yang dihantar oleh negeri.
LAPORAN BANJIR & LAPORAN KEMARAU BANJIR
Banjir merupakan salah satu bencana dari 5 bencana alam yang sering melanda di negara ini selain dari tanah runtuh, kebakaran hutan, tumpahan minyak dan sebagainya. Banjir juga merupakan satu kejadian yang kerap berlak u dan bencana alam yang boleh menyebabkan kerosakan harta benda dan juga nyawa. Sebanyak 90% kerosakan dan kemusnahan adalah disebabkan oleh banjir dan juga timbunan sampah sarah yang hanyut.
Banjir dikategorikan kepada 2 bahagian utama iaitu banjir kilat dan limpahan sungai. Walaubagaimanapun apa saja jenis banjir, Unit Hidrologi JPS Negeri Selangor ditugaskan untuk menyediakan laporan banjir semasa dan tahunan.
Keadaan banjir sejak kebelakangan ini makin meruncing disebabkan arus pembangunan yang begitu pesat dan tanpa kawalan. Pembalakan yang berleluasa tanpa menghiraukan kawasan tadahan turut menjadi faktor arus air sungai di hulu menjadi begitu deras. Keamatan lebat hujan diluar jangka dalam sesuatu kawasan tadahan dan hulu sungai menyebabkan berlakunya banjir.
Banjir boleh terjadi disebabkan oleh air pasang laut yang tinggi. Banjir juga terjadi disebabkan oleh aliran air yang begitu luar biasa yang deras dari hujan dan juga sungai atau banjir lumpur. Keadaan sesuatu banjir itu lama dan cepat air surut bergantung kepada keadaan sesuatu sungai atau keadaan muka bumi tempat tersebut.
MAKLUMAT HIDROLOGI NEGERI.
Semua maklumat Hidrologi boleh di dapati laman web JPS Selangor dan Malaysia, infobanjir.water.gov.my atau jpsscada.gov.my dimana data di perolehi daripada stesen telemetri, manakala kawasan yang tidak ada stesen telemetri juruteknik kawasan akan mengambil data dari stesen rangkaian Hidrologi Selangor yang berdekatan untuk mendapatkan data hujan.
BILIK GERAKAN DAN AMARAN BANJIR BAHAGIAN HIDROLOGI JPS NEGERI SELANGOR
Bilik Gerakan dan Amaran Banjir JPS Negeri Selangor akan dibuka apabila satu daripada keadaan seperti berikut akan berlaku:
- Menerima ramalan hujan lebat yang berpanjangan dari Jabatan kaji cuaca
- Bila diperhatikan paras air sungai telah meningkat ke paras waspada
- Bila hujan lebat telah dirakamkan di stesen hujan.
- Bila terima maklumat dari punca lain tentang berlakunya banjir.
Apabila banjir berlaku bilik gerakan pejabat daerah berkenaan akan dibuka terlebih dahulu. Serentak dengan itu apabila pusat kawalan daerah ( DDC ) telah dibuka, Jabatan Pengairan dan Saliran akan menghantar pegawai penyelaras ke pusat tersebut
Apabila banjir meluas berlaku, Bilik Gerakan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor akan dibuka untuk menyelaraskan kerja pengumpulan maklumat-maklumat hujan dan paras air ramalan banjir yang dibuat di peringkat daerah.
Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor akan menghantar pegawai penyelarasan ke pusat kawalan Negeri (CCC) untuk menentukan kelicinan penyampaian maklumat hujan, paras air, banjir dan ramalan banjir diantara Bilik Gerakan Jabatan Pengairan dan saliran Selangor dengan Pusat Kawalan Negeri.
Jadual tugas mengawal bilik gerakan akan disediakan oleh Unit Hidrologi, dan kakitangan hidrologi akan ditugaskan untuk mengawal 24 jam.
PEMANTAUAN , RAMALAN DAN AMARAN BANJIR (SISTEM TELEMETRI)
- Memberi maklumat taburan hujan dan paras air kepada daerah
- Memberi maklumat taburan hujan dan paras air kepada orang awam melalui laman web
- Memberi maklumat kepada Jabatan Penyelamat bahagian keselamatan.
- Memberi maklumat kepada JPS dan lain-lain.
Kejadian banjir boleh dicegah melalui pembangunan yang seimbang dan menyeluruh melalui satu pelan tindakan tebatan banjir bagi sesuatu lembangan. Pembangunan tanah di sesuatu kawasan harus dipastikan berjalan mengikut garispanduan dan pemantauan kaedah perlaksanaannya perlu diadakan dengan lebih giat
LAPORAN KEMARAU
Takrif kemarau yang digunakan dalam Peraturan Tetap Operasi adalah seperti berikut :
Kemarau - Keadaan cuaca kering yang luar biasa dan berpanjangan sehingga boleh mengakibatkan berlakunya kekurangan air yang boleh menjejaskan aktiviti –aktiviti , kelompok masyarakat atau persekitaran di satu-satu kawasan.
Kemarau Meteorologi - Keadaan kering di mana jumlah hujan di satu-satu kawasan adalah kurang berbanding dengan purata hujan jangka panjang kawasan tersebut untuk tempoh tertentu.
SISTEM TELEMETRI
Sistem Pemantauan, Ramalan dan Amaran banjir merupakan satu-satunya sistem yang digunakan di Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor untuk mendapatkan data-data taburan hujan dan paras air. Sistem ini di tempatkan khas di Bilik Gerakan dan Pemantauan Banjir dan ianya berfungsi secara ‘online’ supaya data-data dapat diperolehi secara terus didalam mengendalikan Operasi dan Gerakan Ramalan serta Pengawasan Banjir di Negeri Selangor.
Sistem ini juga dapat memberi maklumat dengan lebih cepat melalui sistem pesanan ringkat ‘sms’. Pengendalian sistem sms ini telah diprogramkan pada master pemantauan banjir dan ianya berfungsi sekiranya sesuatu paras air mencecah aras BAW (waspada, amaran, bahaya) dan taburan hujan melebihi 60 mm.
Selain itu sistem Siren Amaran Awalan Banjir pula boleh mengurangkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa akibat banjir dengan memberi amaran (bunyi semboyan) di aras amaran dan bahaya bagi sesuatu kawasan bagi memberi kesedaran kepada penduduk di kawasan yang terlibat supaya mereka dapat menyelamatkan diri dan harta benda sebelum berlaku banjir.
Pada masa sekarang terdapat 66 buah stesen telemetri Paras Air, 95 buah stesen telemetri Taburan Hujan, 103 Stesen telemetri Siren, 30 stesen telemetri Kamera, 25 stesen telemetri tolok Banjir di Negeri Selangor yang telah dipasang bagi tujuan Pemantauan, Ramalan dan Amaran Banjir. Berikut merupakan pacahan kecil kepada Sistem Pemantauan, Ramalan dan Amaran Banjir :-
Paras Air – 66 buah stesen telemetri
Sistem paras air merupakan sistem yang digunakan untuk mengutip data aras air bagi tujuan analisis, pemantauan dan ramalan banjir. sistem paras air ini telah dibina sebanyak 66 buah bagi tujuan tersebut di seluruh negeri Selangor. Disetiap buah stesen yang dibina telah di berikan petanda aras B.A.W. (bahaya, amaran dan waspada). Ini bertujuan bagi memberi amaran dalam bentuk system pesanan ringkas ataupun dalam bentuk semboyan (bunyi siren) untuk pemantauan dan awalan sekiranya berlaku banjir.
Taburan hujan – 95 buah stesen telemetri
Sistem Taburan Hujan merupakan salah satu sistem penting dalam Pemantauan dan Ramalan Banjir. Proses pengutipan dilakukan dengan menggunakan peralatan Tipping Bucket yang dipasang dengan prosedur 4H (dedahan) di sesuatu kawasan dan data yang diperolehi akan disimpan secara online serta ianya juga telah diset dan diprogramkan dengan sistem pesanan ringkas yang mana ianya akan berfungsi sekiranya taburan hujan mencapat 60mm (heavy ranfall) dalam jangka masa singkat. Selain itu ia digunakan untuk tujuan analisis bagi pelajar-pelajar institud pengajian tinggi. Sebanyak 35 buah stesen telah dibina bagi tujuan tersebut di seluruh negeri Selangor.
Unit Hidrologi JPS Negeri Selangor juga menyediakan anggaran taburan hujan tahunan dan taburan hujan semasa beserta rekod jumlah hujan tahun sebelumnya. Ini diedarkan kepada semua JPS Daerah dan pegawai atasan yang terlibat dalam pemantauan banjir untuk bersedia lebih awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlaku banjir.
Kamera - 30 stesen sistem telemetri
Sistem ini dipasang untuk pemantauan jarak jauh melalui I.P.kamera yang dipasang pada stesen. Ianya boleh berfungsi dengan putaran 360 darjah yang mana boleh melihat aras air sungai dan kawasan banjir sekitar pada bila-bila masa melalui internet di laman web.
Siren – 103 Buah Stesen sistem telemetri
Di zaman teknologi yang serba maju ini pihak JPS Selangor telah mengambil langkah drastik untuk menghadapi gejala banjir di negeri Selangor.Selain stesen telemetri, pihak JPS juga telah membangunkan sistem siren amaran awalan banjir. Setakat ini, Unit Hidrologi Negeri Selangor telah menubuhkan 103 buah stesen siren di seluruh Negeri Selangor.
Tujuan stesen siren ini diwujudkan adalah bagi memberi peringatan awal kepada orang ramai tentang aras-aras air sungai berada di tahap paras amaran dan paras bahaya. Apabila aras air sungai berada di tahap paras amaran atau bahaya, Stesen Siren JPS ini akan mengeluarkan semboyan dengan radien sejauh 1 DB atau 1 km persegi. Selalunya stesen-stesen siren ini di tempatkan di tempat-tempat kritikal dimana kerap berlakunya banjir. Sistem yang digunakan untuk siren adalah Sistem SMSFWS (Sms Float Warning Siren).
Data akan di hantar melalui ’GSM’ dan ditukar dalam bentuk ’sms’ pada server terus kepada pegawai. Siren ini akan mengeluarkan bunyi selama 1 minit.
Peringkat Amaran bunyi nadanya adalah rentak perlahan tetapi apabila mencecah bahaya pula bunyinya akan bertukar kepada rentak laju dan bunyi yang kuat.
Tolok Banjir – 25 Buah sistem telemetri
Sistem ini dipasang untuk pemantauan apabila sesuatu kawasan mengalami banjir, Ia akan merekod bacaan ketinggian aras air banjir dan akan menghantar data melalui SMS apabila ada peningkatan aras air banjir kawasan tersebut. Setiap data bacaan aras banjir akan di hantar dan di simpan terus ke server.
Info banjir Malaysia dan Selangor
Web Infobanjir merupakan ‘databank’ untuk sebarang sistem yang menggunakan telemetri online. data-data tersebut boleh didapati di Http://jpsscada.selangor.gov.my dan Http://infobanjir.water.gov.my. Data-data yang boleh didapati adalah seperti curahan hujan, paras air, keadaan paras air / banjir (kamera). Dengan adanya infobanjir ‘real time data 24 jam’ untuk sistem Pemantauan, Ramalan dan Amaran Awalan Banjir ini, orang awam boleh menyelamatkan harta benda dan nyawa mereka.
ANUGERAH SIJIL ISO TAHUN 2007 HINGGA SEKARANG
Pengiktirafan oleh Organisasi Piawaian Antarabangsa, ISO terhadap bidang urusan tertentu yang dilaksanakan oleh JPS Selangor akan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadapnya. Piawaian yang diiktiraf oleh ISO dan dilaksanakan oleh JPS bakal menjamin kecekapan amalan JPS dalam pengurusan sumber air dan persekitaran dengan lebih cekap dan mapan serta berupaya menyumbang secara positif kepada kesejahteraan persekitaran.
Pencapaian prestasi menyeluruh JPS Selangor didalam bidang Pengurusan Pentadbiran serta pelaksanaan tugasan projeknya adalah pada piawaian yang digariskan oleh badan piawaian antarabangsa SIRIM QAS. Anugerah Persijilan ISO 9001:2000 sesungguhnya membanggakan setiap warga JPS Selangor kerana kecekalan dan pengorbanan serta dedikasi setiap warga JPS Selangor dalam melaksanakan setiap tugas yang di pertanggungjawabkan dan amanah. Anugerah Persijilan ini membuktikan keyakinan dan pengiktirafan SIRIM QAS terhadap JPS Selangor terutamanya Bahagian Hidrologi dan Sumber Air kerana berjaya menempatkan tempat dalam anugerah tersebut.
Akreditasi ISO 9001:2008 menggambarkan ketelusan kepada masyarakat umum terhadap keupayaan dan kecekapan JPS dalam sistem pengurusan persekitaran yang menyokong tegas usaha kerajaan untuk mencapai tahap kecekapan dalam sistem penyampaiannya.
Dalam merangka Strategik Planning 2010, Bahagian Hidrologi dan Sumber Air telah menetapkan arah tuju serta wawasannya untuk mencapai World Class Standard pada tahun 2010. Ke arah itu, Bahagian Hidrologi dan Sumber Air telah pun memperolehi Persijilan ISO 9001:2008 pada tahun 2008. bagi memastikan program ini mencapai kejayaan, beberapa tindakan telah dan sedang diambil bagi menaiktaraf semua stesen hidrologi negeri daripada manual ke automatic telemetri sistem, stesen hujan, stesen aras air dan siren selaras dengan teknologi ICT terkini secara ‘Real Time Data Collection’.
Dengan adanya ISO 9001:2008 ini, kita perlu berpandukan kepada Objektif Kualiti iaitu memungut semua jenis data hidrologi daripada rangkaian stesen hidrologi nasional dengan tahap prestasi data bagi setiap stesen tidak kurang daripada 95% dan mengemukakannya ke bahagian hidrologi dan sumber air dalam tempoh 30 hari dari tarikh pemungutan data bagi stesen bukan pendalaman dan 90 hari bagi stesen pedalaman, membekal data hidrologi menurut speksifikasi dan jadual seperti yang telah ditetapkan dalam masa 7 hari bekerja, menyediakan laporan banjir semasa dalam tempoh 24 jam, menyediakan laporan pemantauan kemarau setiap 2 minggu pada musim biasa dan memastikan kumpulan sokongan menghadiri kursus yang berkaitan Hidrologi sekurang-kurangnya setahun sekali.
Dengan ini juga Bahagian Hidrologi dan Sumber Air Negeri berazam dan akan berusaha mengekalkan dan meningkatkan prestasi data serta tugas yang telah ditetapkan atau disarankan oleh pengurusan atasan JPS Negeri Selangor serta Bahagian Hidrologi JPS Malaysia dicapai dari masa ke semasa .
HIDROLOGI MENGURUSKAN SISTEM PENGURUSAN DATA
BERASASKAN ISO 9001 : 2008
Disediakan oleh : Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi JPS Negeri Selangor