T
T
T
T
| RESET

Bahasa Malaysia / Malay Language Bahasa Inggeris / English Language

LAMAN WEB RASMI

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Jayakan Perkhidmatan Sempurna

Bahagian Pengurusan Banjir JPS Negeri Selangor

Pengenalan

Banjir boleh didefinisikan sebagai badan air, yang melimpah keluar dari tebing sungai, tasik atau sistem perparitan disebabkan oleh hujan lebat, pencairan ais, air pasang, dan halangan pada saluran.Pada mulanya, pengurusan banjir tertumpu kepada keperluan mendesak seperti melaksanakan bantuan banjir dan melaksanakan projek-projek tebatan banjir untuk menangani masalah disebabkan pembangunan yang pesat.Kaedah bukan struktur diperkenalkan seperti Manual Saliran Mesra Alam. Sejak 2001, manual ini merupakan keperluan mandatori yang perlu dipatuhi bagi pembangunan baru di kawasan bandar.Sejak alaf baru, JPS telah mengambilkira pendekatan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu dan Pengurusan Banjir Bersepadu bagi rancangan pengurusan banjir. Ini akan memberikan pendekatan yang lebih seimbang antara langkah-langkah struktur dan bukan-struktur serta tahap penyertaan masyarakat yang lebih tinggi.

Fungsi dan Peranan Bahagian Pengurusan Banjir

  • Menyediakan khidmat kepakaran dalam pengurusan tebatan banjir serta melaksanakan program tebatan banjir untuk melindungi nyawa dan harta benda.
  • Untuk mengurus dan mereka bentuk pembangunan tebatan banjir menggunakan kaedah berstruktur
  • Untuk mengurus dan memusatkan rancangan pengurusan banjir menggunakan kaedah tidak berstruktur
  • Untuk menguruskan belanjawan tebatan banjir

Objektif Bahagian Pengurusan Banjir

Mengurangkan risiko banjir menggunakan strategi dan program yang dirangka dan dilaksanakan secara cekap dan berkesan melalui pendekatan Pengurusan Banjir Bersepadu (IFM). Pendekatan ini menggabungkan kaedah struktur, kaedah bukan struktur dan aktiviti pasca bencana dalam mengurus dan mengawal banjir agar impak negatif pada rakyat adalah pada tahap yang minima. Penglibatan pihak berkepentingan dalam mencegah banjir dan peranan komuniti untuk bersedia menghadapi banjir adalah penting untuk mengurangkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda agar kegiatan sosial dan ekonomi dapat diteruskan demi kesejahteraan hidup rakyat.

Piagam Pelanggan

Pelanggan Utama : Agensi-agensi Kerajaan, Penduduk, Pemilik Harta, Jurutera Perunding, Jurukur dan Kontraktor/Pemborong.

Memastikan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Dapat Dilaksanakan Dengan Berkesan dan Disiapkan Dalam Tempoh Yang Ditetapkan Bagi Mengatasi Masalah Banjir.
Memberi respon terhadap sebarang aduan awam menerusi Aduan Pelanggan JPS Negeri Selangor berkenaan dengan masalah banjir bandar dalam masa dua (2) hari bekerja.
Memberi khidmat nasihat/ulasan teknikal/maklumbalas dalam tempoh tidak melebihi empat (4) minggu.

Flood Prone Area in Malaysia

pic 1
pic 2

Kawasan Mudah Banjir di Malaysia

  • Positf: Mengekalkan, memperkaya dan mengembalikan biodiversiti tertentu di dataran banjir, mengembalikan keadaan tanah yang kaya nutrisi dimana ia sesuai untuk pertanian dan tumbuhan semula jadi, membersihkan lumpur dan juga enapan dari kawasan banjir, serta mengisi semula air bumi
  • Negatif: Mengancam nyawa, mengganggu kegiatan sosial dan ekonomi dan memusnahkan harta benda, menyebabkan kesulitan dan kos pemulihan boleh menjadi tinggi buat kerajaan ataupun individu, dan menghalang pelaburan baru di kawasan mudah banjir

Peta Hazard Banjir

  • Penilaian risiko
  • Mengurangkan kerugian akibat banjir
  • Langkah asas dalam pelaksanaan langkah-langkah tebatan banjir (struktur atau bukan struktur)

Konsep IFM, ‘Living with flood’ berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

  • Mengambil pendekatan tadahan;
  • Menjadikan banjir sebahagian dari kitaran air
  • Menyepadu pengurusan tanah dan air;
  • Mengambilkira kepelbagaian strategi berdasarkan pendekatan pengurusan risiko;
  • Mewujudkan kerjasama antara agesi-agensi; dan
  • Memastikan pendekatan penglibatan

Definisi Pengurusan Banjir Bersepadu (IFM)

  • Pendekatan bersepadu yang berkesan untuk pengurusan tebatan banjir
  • Memaksimakan penggunaan dataran banjir
  • Mengurangkan kerosakan kepada harta benda dan kehilangan nyawa

Elemen Pengurusan Banjir Bersepadu (IFM)

  • Memaksimakan aspek positif dalam kitaran air
  • Meyepadukan pengurusan tanah dan air
  • Mengambilkira kepelbagaian strategi yang terbaik
  • Memastikan pendekatan penglibatan
  • Mengambilkira pengurusan bencana bersepadu

Prinsip IFM

pic 3

Antara Peta Hazard Map Yang Telah Dilaksanakan Bagi Negeri Selangor :

pic 4Sungai Buloh

pic 5Sungai Damansara

pic 6Sungai Selangor

 

Disediakan Oleh : Bahagian Pengurusan Banjir JPS Negeri Selangor

Tags: Pengurusan Banjir

Print Email

qrcodeDepartment Of Irrigation And Drainage Selangor,
Level 5, South Podium,
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Building,
40626 Shah Alam,
SELANGOR.

Telefon : 603-5544 7376 / 7586 / 7381
             603-5521 2204 / 2205 / 2207
Fax      : 603-5510 4494 / 5510 2911
Emel : webmaster[at]waterselangor[dot]gov[dot]my
Facebook : https://www.facebook.com/JPSNegeriSelangor/

© Copyright 2019, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor.

Suitable for navigating through Internet Explorer 10, Google Chrome and Mozilla Firefox with resolution 1280x1024 and above.

Latest Update : Thursday 13 April 2023, 09:19:02.
Visitor Counter :

Today 7

Yesterday 163

Week 1082

Month 381

All 844454

Bahasa / Language : Bahasa Malaysia / Malay Language Bahasa Inggeris / English Language