Frequently Asked Questions (FAQ)
Lebar rezab yang diperlukan oleh pihak JPS semasa sesuatu permohonan sesebuah lot dikemukakan adalah bergantung kepada lebar sungai yang sediada.
Lebar Sungai | Lebar Rizab Dikiri Dan Kanan Tebing |
---|---|
Lebih daripada 40 meter | 50 meter |
20 meter - 40 meter | 40 meter |
10 meter - 20 meter | 20 meter |
5 meter - 10 meter | 10 meter |
Kurang daripada 5 meter | 5 meter |
Pelan pembangunan yang melibat sistem saliran/sungai dan pembinaan jambatan/lencongan sahaja yang perlu dikemukakan melalui Jurutera Berdaftar.
Jarak zon penimbal bagi kawasan pantai berpasir adalah 60 meter dikira daripada jarak paras air tertinggi.
Jarak zon penimbal bagi kawasan pantai paya bakau adalah 400 meter dikira daripada jarak paras air tertinggi.
Maklumat asas yang diperlukan adalah pelan lokasi yang diambil daripada syit 1 inci 8 rantai dengan menamakan nombor rujukan syit dan syarat kelulusan adalah dengan menyediakan rizab/zon penimbal secukupnya bagi sungai, pantai dan kolam bekas lombong yang dicadang untuk di kekalkan.
Segala pertanyaan sila hubungi kami :
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor,
Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40626 Shah Alam.
Selangor Darul Ehsan.
: 03-5544 7376
: 03-5510 4494