Customer Charter
Kami akan menyediakan perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam perancangan, rekabentuk dan pelaksanaan program-program pengurusan banjir, lembangan sungai, zon pantai, saliran mesra alam serta sumber air dan hidrologi. Perkhidmatan kami akan berdasarkan amalan kejuruteraan terbaik dengan mengambil kira kelestarian alam sekitar, ekonomi dan sosial.
Dalam melaksanakan tugas dan fungsi berikut, kami berikrar akan :
- Memberi respon terhadap sebarang aduan awam menerusi Aduan Pelanggan JPS Negeri Selangor berkenaan dengan masalah banjir, sungai, pantai dan saliran bandar dalam masa dua (2) hari bekerja.
- Memastikan bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap (melainkan dinyatakan sebaliknya dalam perjanjian kontrak).
- Membekal data dan maklumat hidrologi dalam tempoh empatbelas (14) hari bekerja.
- Memberi khidmat nasihat/ulasan teknikal/maklumbalas dalam tempoh tidak melebihi empat (4) minggu.
Sebarang pertanyaan sila hubungi kami :
Bahagian Pengurusan Korporat JPS Negeri Selangor,
Tingkat 5 Podium Selatan,
Bangunan Sultan Salhuddin Abdul Aziz Shah,
40626 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
: 03-5544 7376
: 03-5510 4494
: bkorp [at] waterselangor [dot] gov [dot] my