Background
1913
Penubuhan JPS seawal abad ke -20 iaitu pada tahun 1913, dimana awal penubuhan ia merupakan cawangan di dalam JKR yang dinamakan sebagai Cawangan Tali Air dan fungsinya adalah untuk menangani penyelidikan hidrologi.
1920
Pada Tahun 1920, cawangan ini telah dirombak dan dinamakan sebagai Cawangan Hidrolik dimana bidang tugasnya adalah lebih luas daripada sebelumnya kerana ia melibatkan kerja-kerja ukur dan penyelidikan dalam usaha pemeliharaan sungai.
1932
Mula ditubuhkan pada tahun 1932 dengan nama Jabatan Parit dan Taliair. Tugas utama adalah untuk memajukan tanah pertanian yang baru dan ianya dengan sekaligus memikul tanggungjawab pengairan dan saliran. Semenjak beberapa tahun, jabatan ini yang bernaung di bawah Kementerian Pertanian, menerima tanggungjawab baru yang lebih luas. Tugas - tugas tersebut adalah:
- Kejuruteraan Sungai
- Tebatan Banjir
- Kejuruteraan Pantai
- Hidrologi
1961
Pada Tahun 1961, Pusat Pentadbiran Jabatan Parit & Taliair(JPT) berpindah dari Bangunan Suleiman kepada Bangunan Jabatan Parit & Taliair (JPT) di Jalan Sultan Salahuddin.
1974
Pada 1 Februari 1974, JPT Selangor telah berpindah ke Kompleks PKNS di Shah Alam.
1989
Pada 15 Mac 1989, jabatan ini dengan rasminya telah ditukarkan nama kepada Jabatan Pengairan dan Saliran bagi menggambarkan bidang dan tanggung jawab yang kian meluas.
Tujuh puluh tahun selepas penubuhannya, JPS boleh mengenang kembali detik - detik kejayaannya melaksanakan berbagai program dengan bangga. Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehinya berserta dengan dinamismenya kini telah meletakkan jabatan ini terkehadapan dalam bidang pengurusan sumber air dan penggunaan tanah.
KINI
Kini Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri Selangor telah beroperasi secara meluas di seluruh negeri yang mempunyai sembilan daerah iaitu Petaling, Klang,Sepang, Sabak Bernam, Kuala Langat, Hulu Langat, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak dan Ibu Pejabat JPS Selangor telah beroperasi di Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (SSAAS).